Semak dan seimbang Pembahagian_kuasa

Sistem Semak dan Seimbang merupakan satu elemen demokrasi di mana setiap cabang kerajaan diberi kuasa untuk menghadkan cabang kerajaan yang lain. Secara teorinya melalui sistem ini, tiada suatu cabang boleh mempunyai kuasa yang mutlak dalam pentadbiran sesebuah negara. Setiap cabang berkuasa untuk “menyemak” cabang-cabang yang lain untuk memastikan kuasa diagihkan secara seimbang dan samarata diantara ketiga-tiga cabang iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.